headerphoto

Mount kinabalu

Pemandangan sayup-sayup gunung kinabalu...The highest mountain in south east asia...

"Telanjang"

ha..ha...jangan salah sangka ya...ni gambar lembu menyeberang sungai di bunsit... -tanaklohan-

Kereta Rasmi Kelab Fotografi Gunsanad




Inilah kereta rasmi kehulu kehilir kelab fotografi SMK Gunsanad dalam aktiviti menyuuting... -tanaklohan-

Titian perjalanan...

Petang itu tiba-tiba tanaklohan call saya untuk 'outing' . Mari hunting foto katanya... terkejut juga saya...last minutes calling...orait nopo...no problem..kebetulan ada sahabat yang ingin ke bunsit petang tu...oklah..kami join dia sajalah...niat asal mahu shot gambar sungai...ada jugalah beberapa...suasana agak mendung...lewat petang sudah...pencahayaan tidak berapa baiklah...gambar landskap sungai tidak berapa menjadi...tak apalah, x ada rezeki petang ni...lain kali kita datang lagi...bisik sahabat kami,sukmi...-abuhulwan-

Sekitar Hari Anugerah Kecemerlangan:1








Antara gambar yang sempat dirakam semasa hari anugerah kecemerlangan pelajar...
-abuhulwan-


syringe


Gambar ini diambil semasa kempen derma darah di SMK Gunsanad, Keningau sempena hari anugerah kecemerlangan pelajar...-abuhulwan-

Alone...

Percubaan mengambil gambar macro...penambahan inner frame untuk menonjolkan lagi objek yang diambil...melakukan sedikit editing menggunakan cs2, level dan penambahan sharp pada objek...-abuhulwan-

Mahua...


Gambar ini saya snap semasa trip kami ke Mahua Waterfall di Tambunan, Sabah. Pemandangan di kawasan tersebut amat menarik dan sesuai untuk sesi fotografi. Sewaktu menuju ke destinasi utama, mata saya terpandang satu aliran air yang menarik. Sambil-sambil mencuba tripod baru, sambil warming up la ni. Exposure cahaya agak tinggi kerana terdapat pantulan cahaya pada batu-batu yang basah....melakukan sedikit editing menggunakan Cs2, pada level,curves, dan contrast... exposure dikurangkan dan frame ditambah...terima kasih kepada sahabat-sahabat yang banyak memberikan nasihat dan panduan...-abuhulwan-

selamat berfotografi...

"Fotografi"...rasanya hampir kesemua kita mengenali apa itu fotografi..secara umumnya fotografi (yang dikenali juga sebagai "tangkap gambar"di kalangan masyarakat Malaysia) ialah proses untuk menghasilkan gambar/foto melalui tindakan cahaya. Bagaimana agaknya hal ini berlaku ya? sebenarnya proses ini berlaku melalui satu objek peranti mekanik/kimia/digit....yang kita kenali sebagai kamera... rakaman yang berlaku pada cip storan yang didedahkan pada tempoh tertentu sebenarnya diperoleh daripada cahaya atau lebih tepat lagi pola-pola cahaya yang dipantulkan atau dipancarkan oleh objek-objek yang ingin dirakam.

Sebenarnya...seperti kata Abd RaƔi (UKM), fotografi tidak semestinya bermula secara formal melalui bilik darjah,kuliah atau lain-lain semata-mata...tetapi hasil usaha yang bersungguh-sungguh juga mampu menghasilkan gambar-gambar yang cukup menarik dan kaya dengan nilai estetika...banyak artikel, buku, jurnal dan ruang perbincangan diwujudkan di alam maya (internet) membincangkan hal-hal berkaitan dengan perkembangan ilmu fotografi ini...tinggal kita saja yang rajin atau tidak untuk menelaahnya... namun jangan jadikan itu satu alasan untuk kita tidak berguru ya... jika belajar terus daripada seorang yang berilmu hasilnya pasti mengkagumkan..."Superb" kata seorang kawan saya... n'way...selamat berfotografi...kenali alam ini dan insafi kejadiannya... :)